Biodata Rasulullah
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs
bin Hasim
Tarikh Lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal
Bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai tahun gajah; karena peristiwa
tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’bah)
Tempat Lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah
Al-Mukarramah
Nama Bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar
Ummu Aiman, Hamba perempuan bapak
Rasulullah SAW)
Ibu Susu Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu
Lahab)
Ibu Susu Kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah
(labih dikenali Halimah As-Sa’diah, suaminya bernaman Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Peristiwa
Pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya
Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan maninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah
kampong yang terletak di antara Makkah dan Madinah), baginda dipelihara oleh
Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuk Abdul
Muththalib.
USIA 8TAHUN
Datuknya,
Abdul Muththalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapak
saudaranya, Abu Thalib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama
bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di
kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi
di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat
dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid 1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan
anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan
‘perjanjian Al-Fudhul’ ;perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang
yang didzalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusyafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
Perjalanan
ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda
SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
Mas
kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir
besar melanda Makkah dan Meruntuhkan dinding Ka’bah.
Pembinaan
semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah
SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubungan perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima
wahyu di gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah
ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Sampai
ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M
USIA 63 TAHUN
Kewafatan
Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam’ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar)
Hafsah binti ‘Umar (anak Sayyidina ‘Umar bin
Al-Khattab)
Ummi Habibah Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’,
Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi
(anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin
dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah – Hamzah
Abu Salamah – Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah – Abu Sufyan bin Harith bin
Abdul Muthalib
Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
‘Aisyah binti Harith bin Abdul ‘Uzza
BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka’bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Masuk Islam
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka
sesungguhnya dia telah mencintai aku Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia
bersama-samaku di dalam syurga” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan
seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda
lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan
oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah
Rasulullah saw..
Aku melihat cahay dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu
melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinar bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya
bercahaya seperti bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan
terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada
bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di
tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan Nampak
semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,
kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari
giginya.
Janggut penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik
seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal
telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah ditengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan
rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang
antara kedua bahunya labih daripada biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tanganya lebar, lebar tapak tanganya,
jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga
tidak melekat air.
Terlalu sedikti daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat
tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulitnya baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sehat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar
dan kokoh.
Badanya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil
tapi berukuran sederhana lagi gagah.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di
kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
KESIMPULAN :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal
dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Wallahu’alam
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment